Saturday, November 28, 2009

Korbann

kelmarin raya haji @ raya korban.. hari ni ada korban kat taman aku... laki aku yg jadik tukang sembelih... hahaha seblom org lain gelak baik aku yg gelak dulu... x penah aku dgr tukang sembelih kena tendang... kehkehkeh... laki aku kena penendang... sapa yg tendang??? bukan aku... tapi lembu yg nak di sembelih tu... wuyyooo lebam jgk la kat bahu die... sian... siapa yg jadik korban sebenarnye...

Thursday, November 26, 2009

huarghhh malasnya

dah lama x tulis kat sini
MALAS.. mmg malas
sibuk tu sikit ajer...tp malas tu yg byk

cuti sekolah dah bermula... aku berazam nak catat semua aktiviti masa cuti di sini jika berkesempatan... oppss kesempatan tu ada... tapi kemalasan pun sentiasa ada..

Wednesday, August 26, 2009

Tazkirah :"Kalu tuhan tu baik,kenapa buat neraka?"

Ini kisah benar, kisah seorang gadis melayu, beragama Islam.

Ceritanya begini, di sebuah negeri yang melaksanakan dasar ' Membangun Bersama Islam', kerap kali pihak berkuasa tempatan menjalankan pemeriksaan mengejut di premis-premis perniagaan dan kompleks beli-belah, untuk memastikan para pekerja di premis berkenaan menutup aurat.

Dalam satu insiden, ketika operasi yg dijlnkan, seorang gadis yg bekerja di salah sebuah lot premis perniagaan di Pasaraya Billion telah didapati melakukan kesalahan tidak menutup aurat. Maka dia pun telah di denda dan di berikan nasihat oleh ustaz yang menjalankan tugas..

Gadis tersebut yg dr awal mendiamkan diri, tiba-tiba membentak "kalau Tuhan tu betul-betul baik, kenapa tak blh sediakan syurga je? macam tu ke Tuhan Maha Penyayang?" Mungkin dr td dia dah panas telinga, tak tahan dengar nasihat ustaz tu.. dh la hati panas kena denda sbb x pakai tudung...

Ustaz tu terkedu sekejap. Bahaya bdk ni.. kalau dibiarkan boleh rosak akidah dia. Ustaz tu pun menjawab: "Dik, kalau Tuhan tak buat neraka, saya x jd ustaz. Berapa sen sgt gaji saya skrg. Baik saya jd tokey judi, atau bapak ayam.. hidup senang, lepas mati pun x risau sbb gerenti masuk syurga. Mungkin awak ni pun saya blh culik dan jual jd pelacur. kalau awak nak lari, saya bunuh je. Takpe, sbb neraka takada. Nanti kita berdua jumpa lg kat syurga.. kan Tuhan tu baik?"

Gadis tu terkejut. tergamak seorang ustaz cakap macam u? sedang dia terpinga-pinga dengan muka confused, ustaz tu pun jelaskan. "Perkara macam td akan berlaku kalau Tuhan hanya sediakan syurga. Orang baik, orang jahat semua masuk syurga, maka apa guna jadi orang baik? jadi orang jahat lebih seronok. Manusia tak perlu lg diuji sbb diorang semua akan 'lulus' percuma. Pembunuh akan jumpa orang yang dibunuh dalam syurga, perogol akan jumpa orang yang dirogol dlm syurga.. lepas tu blh rogol lg kalau dia nak.. takde siapa terima hukuman. Sebab Tuhan tu 'baik'. Adakah Tuhan macam ni yg kita nak? awak rasa adil ke? tanya ustaz.

"ah mana adil mcm tu.Orang jahat takkan la terlepas cam tu je." rungut si gadis... Ustaz tersenyum penuh makna..

Moral of the story:
Ingatlah: semuanya dipinjamkan olehNya, sebagai amanah dan ujian.. semoga kita dapat bersabar dalam mentaati segala perintanhNya untuk kebaikan diri kita jugak..

selamat menjalani ibadah puasa..

Wassalam

Thursday, June 11, 2009

Assalamualaikum...
hmmm baru balik dr kampung... letih terpaksa drive dr sik ke hospital sp then balik sik...
ni yg serik kalo terpaksa berurusan dgn hospital kerajaan... nak buat mcm mana itu aje yg termampu... maaf lah ayah... terpaksa menunggu lama....

kami sampai kol 9.30 am.. daftar then dapat nombor 44... terpapar di skrin no yg sdg dipanggil waktu itu adalah 5... OMG... lg 39 org.... nak dipanjangkan lg waktu menunggu, diberitakan 2 org doktor termasuk doktor pakar telah bercuti... yg ada hanya 2 org peg perubatan... mak aiiii..

dari seminit ke sejam... dari sejam ke 5 jam baru dapat jumpa doktor.... hehehe mcm kerang busuk jer muka kami dua org... keletihan, kelenguhan dan kelaparan... kol 2.30 baru dpt msk jumpa doktor.... then spt biasa... doktor tu mengulang soklan2 yg biasa doktor dok tanya... ayah pun bagilah jwpn yg biasa jugak... then doktor tu nak scope tekak ayah... nak periksa takut barah tu masih ada lg... Alhamdulillah... tak de kesan penularan sel kanser yg baru... So doktor itu cakap... next meeting pakcik lg 2 bulan... saya bagi vitamin utk pakcik, nanti p ambik kt farmasi..... uwaaaaaaaaaaaaaa menunggu 5 jam.. tp jumpa doktor tak sampai 10 minit.... ini yg malas ni............. kesian kat ayah... perut nya kosong since pagi tidak menjamah apa2 pun... aku ok sbb aku dah mkn nasik goreng seblom bertolak td....

ok then... len kali kalo appoinment kol 9... u mesti sampai hospital kol 11 or kol 12.... haaaa may be masa ni sumer org dah blk kot.... hehehe

Saturday, June 6, 2009

Mukaddimah

Assalamualaikum...

Alhamdulillah... akhirnya dapat juga buat blog sendiri...

asyik dok baca blog orang aje.... inilah blog ku...